Temu Duga ISMP
Interview Sains Pendidikan USM
2 Julai 2024
Assalamualaikum wbt , so harini aku nak kongsikan pengalaman aku interview Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pendidikan di USM Kubang Kerian, aku buat preparation dah lama tapi aku tak sediakan bbm sebab aku berniat untuk ambil major math yang akan menjadi minor pula kimia, macam macam lah aku hafal, tapi lain pula yang ditanya, opkosler kita kena expect the unexpected so aku tak terkejut pun kalau dia twist soalan apa pun.
Aku sampai kat USM pukul 8 am, 8.30 am aku iv, so disarankan untuk sampai awal la untuk kurangkan segala rasa tu. Masa first time sampai tu aku sesat, sebab bangunan dia dalam bangunan kau faham tak, jadi alhamdulillah aku ikut je 2 3 orang pelajar lelaki yang nak ke iv juga, alhamdulillah sampai ke tempat iv, so far pengurus kat kaunter tu pun baik, aku sampai pun orang dah ramai, ada juga la perasaan malu tu tapi waklek je kita sama sama tak kenal kan so nak risau ape je, konfiden aku ontop sebab aku nak sangat course dengan usm ni, aku tak fikir benda lain dah, dah ready nak jawab apa ja soalan panel.
Pukul 11 am, tiba la giliran aku, sumpah tenang je, takde rasa gementar sebab tempat iv memang selesa gila, takde bising bising, jadi inilah antara soalan soalan yang dilontarkan :
- kenalkan diri awak , keluarga dan apa saja tentang diri awak
- apa prinsip hidup awak
- ( saya berlatar belakang keluarga siam jadi dia suruh cakap siam )
- inspirasi awak
- kalau tak jadi seorang cikgu , apa pekerjaan lain yang awak akan buat?
- major apa
- mock teaching
- kenapa awak pilih topik tersebut
- dari segi kewangan siapa tanggung
- lepas interview habis nak buat apa?
- apa komitmen apa sebagai anak sulung dan cucu sulung
- ( a lot of personal questions )
- ceritakan sedikit tentang kokurikulum awak ( saya pengerusi kelab , pengawas pss , atlet , ada achievement inovatif dan kerohanian so kena ceritakan semua tu )
- ada apa apa soalan?
tamat
Pesanan aku, kalau kau betul betul nak jadi cikgu, jawablah segala soalan berkaitan dengan seorang pendidik, tunjuk yang kau betul betul nak dipilih, iv yang ni aku all out, tak gagap sebab aku buang rasa takut tu, panel memang friendly gila, jangan risau okay, ada juga bilik sebelah yang kena kawad, menyanyi, laungkan azan and etc. sebab nak jadi cikgu kau kena ada banyak skill jadi aku harap korang faham.
Outfit aku, aku pakai baju kurung bunga bunga halus yang trendy kat tiktok tu, aku pakai warna pink sebab nak nampak manis dan sedap mata memandang HAHAHAHA korang boleh pakai apa saja tapi kena kelihatan kemas, jangan pakai warna yang menyerlah pula, untuk kasut, pakailah yang bertutup macam kasut formal tu, sekian, terima kasih.

salam,panel takde tanya dalam bahasa inggeris ke?
ReplyDeletewslm, takde pun, cumanya tak silap semua candidate kena baca text in english dan depends on panel kalau bab speaking ni
ReplyDelete